Monday, July 25, 2011

TUGASAN GANTI KULIAH PA 3311 PENGAJIAN ISLAM 1 PPISMP AMNILAN JUN 2010 F3E & F3F

Asaalamualaikum warahmatullah,
Dedikasi buat semua pelajar PPISMP Pengajian Agama Ambilan Jun 2010 F3E dan F3F,
Para pelajar yang dikasihi,

Saya telah diamanahkan untuk menjadi fasilitator Kursus Pembinaan Item seperti butiran berikut:
Tarikh: 25 dan 26 Julai 2011 (Isnin dan Selasa)
Masa: 0800-1700
Tempat: Pusat Latihan Guru Dalam Perkhodmatan, Sungai Karangan, Kedah.

Sehubungan dengan kursus itu, maka didapati ia melibatkan masa kuliah kita iaitu pada 26 Julai 2011.  Bagi menggantikan kuliah tersebut, maka saya telah menyediakan Tugasan Ganti Kuliah supaya anda tidak ketinggalan pelajaran dan mampu menjawab soalan kuiz (KKP) dengan cemerlang.  Kuiz 2 akan dilangsungkan pada minggu hadapan.

Oleh itu, anda dikehendaki memuaturun tugasan tersebut dan ikut arahan seperti yang terdapat di dalamnya.

Tugasan Ganti Kuliah 26072011.

Selamat belajar.

Saturday, July 16, 2011

TUGASAN GANTI KULIAH PENGAJIAN ISLAM 1 & 2

Pelajar-pelajar yang dikasihi,
Saya akan menghadiri kursus Latihan Pembangunan Staf (Meeting Challenges In The New Zealand Experiences) mulai 18 - 20 Julai 2011.
Justeru itu, bersama ini saya sediakan Tugasan Ganti Kuliah bagi sepanjang tempoh tersebut seperti berikut:

1. 19072011 Pengajian Islam 1 Kumpulan PPISMP F3E & F3F
2. 20072011 Pengajian Islam 2 Kumpulan PPISMP F3E

Baca dan akur arahan seperti terdapat dalam tugasan yang dilampirkan.

Saturday, July 2, 2011

PENILAIAN KURSUS PENGAJIAN ISLAM 1

Salam buat pelajar Pengajian Agama PPISMP semester 3 (F3E) dan (F3F),

Berdasarkan perbincangan dengan penyelaras kursus Pengajian Islam 1, Ustaz Mohd. Shukri Ahmad, maka dipersetujui bahawa penilaian bahagian Sejarah Islam berdasarkan kaedah kuiz.  Justeru itu saya akan mengurus ujian ini sebanyak lima kali sepanjang semester ini iaitu setiap tiga minggu interaksi.  Moohon para pelajar bersedia kerana jawapan anda adalah muktamad.

Sekian, wassalam.