Monday, September 26, 2011

PEMUKIMAN PENSYARAH KANAN & KETUA JABATAN BERSAMA PENGARAH

Assalamualaikum,
para pelajar Pengajian Islam 1 &2,
adalah dimaklumkan bahawa saya akan menghadiri program pemukiman Pensyarah Kanan, Ketua Jabatan & Ketua Unit bersama Tuan Pengarah IPG KSAH mulai 27 hingga 29 September 2011 di Pulau Pendidikan, Tasik Banding, Grik, Perak.

Sehubungan dengan itu, kuliah diteruskan juga dan anda dikehendaki memenuhi tugasan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) yang telah diagihkan kepada anda sebelum ini.  Semua tugasan itu akan dibentang dalam Seminar Tamadun Islam bertema Kepemimpinan Khulafak Al-Rashidin.  Seminar ini dijangka akan dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPG KSAH.  Buatlah yang terbaik dan buktikan anda mampu mempersembahkan hasilan yang berkualiti.

Sekian, wassalam.
Selamat Maju Jaya.