Setelah menyemak tugasan para pelajar didapati masalah telah berbangkit dalam beberapa aspek seperti berikut:
1. Bahasa
1.1 Bahasa dialek Indonesia.
1.2 Ejaan untuk satu perkataan tidak selaras pada halaman yang berlainan.
1.3 Penggunaan kata jamak berturutan (contohnya: ramai pelajar-pelajar).
1.4 Memulakan ayat dengan kata sendi (contohnya: Dan)
1.5 Tiada keselarasan kaedah transliterasi.
1.6 Menggunakan ejaan lama (contohnya: kawan2)
2. Pemerolehan ilmu
2.1 Sumber rujukan yang tidak muktabar.
2.2 Terdapat unsur-unsur plagiarisme.
3. Organisasi maklumat
3.1 Ruang kosong yang terlampau antara subtopik.
3.2 Tiada pendahuluan.
3.3 Tiada penutup tugasan.
3.4 Penulisan rujukan tidak akur format APA.
3.5 Perenggan terlalu panjang/ tiada perenggan untuk sesuatu subtopik.
3.6 Kedapatan soalan di tengah teks tugasan.
3.7 Rujukan yang dicatat dalam teks tidak terdapat dalam seenarai rujukan.
3.8 Kedudukan penutup selepas rujukan.
3.9 Tidak menyaring maklumat dan tidak diolah.
3.10 Kesilapan format teknikal:
3.10.1 Jarak teks dari tanda baca , dan . tidak selaras.
3.10.2 Jarak antara baris tidak selaras.
3.10.3 Jarak antara perenggan tidak selaras.
3.10.4 Jarak perkataan pembuka perenggan dengan margin tidak selaras.
4. Pemindahan ilmu
4.1 Tiada rumusan kendiri untuk subtopik.
4.2 Tiada untuk kesinambungan perbincangan antara subtopik.
5. Keberkesanan kolaborasi
5.1 Bergantung taklimat awal pensyarah semata-mata.
5.2 Tiada kolaborasi untuk membincangkan draf awal, pertengahan dan akhir.
6. Punca masalah
6.1 Keberkesanan kursus Kemahiran Belajar.
6.2 Pengurusan masa (bertangguh dan tergesa-gesa).
6.3 pengurusan kerja (tiada draf awal).
7. Langkah mengatasi
7.1 Pelajar
7.1.1 Mendalami kursus Kemahiran Belajar terutama aspek pelaporan.
7.1.2 Mengurus masa dan kerja dengan berkesan.
7.1.3 Ambil inisiatif berbincang dengan pensyarah tentang draf tugasan.
7.2 Pensyarah
7.2.1 Menyediakan rubrik yang lebih objektif.
7.2.2 Menyediakan feedback untuk perhatian pelajar.
7.2.3 Tutor perlu memberikan taklimat pelaporan sebaik sahaja tugasan diedarkan.