Wednesday, October 12, 2011

PBL: Project Based Learning

Unit Plan Seminar Tamadun Islam


Khulafak Al-Rashidin merupakan penyambung kepada salsilah kepemimpinan nubuwah baginda Rasulullah SAW.  Kepemimpinan Khulafak Al-Rashidin telah memperlihatkan teladan kepemimpinan yang berteraskan ketaqwaan kepada Allah dan pelaksanaan tatacara hidup yang berlandaskan Syariat Allah.  Justeru kepemimpinan mereka sangat signifikan untuk dicontohi oleh pemimpin yang kercita-cita memperoleh keredhaan Allah dan adil.

Dalam projek ini, pelajar akan memainkan peranan sebagai pembentang wacana yang dipertanggungjawabkan untuk merumuskan idealism kepemimpinan Khulafak Al-Rashidin secara perbandingan bagi meningkatkan dan memantapkan penghayatan setiap individu terhadap kepemimpinan Islam  dalam kalangan  warga organisasi IPG KSAH. Pelajar akan membentangkan hasil tugasan mereka dalam sesi khas bersama warga organisasi. Hasil tugasan akan meliputi Blog, laman sesawang, persembahan power point, brochure, poster deskriptif dan tayangan video. Hasilan pelajar akan dinilai dengan rubric khas bagi setiap produk iaitu rubric blog & laman sesawang, rubric presentation, rubric brochure, rubric poster dan rubric video.  Manakala proses gerak kerja bagi menghasilkan produk-produk ini akan dinilai dengan senarai semak shakhsiah.


     Goal               Role                Audience            Set of tasks         Product           Evaluation


Khulafak Al-Rasyidin:

1.      Pentadbiran

2.      Pendidikan

3.      Ekonomi

4.      Ketenteraan

5.      Kemasyarakatan

6.      Hubungan diplomatic


Essential Question
Apakah cirri-ciri idola anda?

Unit Question
Siapakah pemimpin idola anda?

Content Questions
Apakah maksud Khulafak Al-Rashidin?
Apakah jasa atau sumbangan Khulafak Al-Rashidin?
Apakah ciri kepeimpinan Khulafak Al-Rashidin?
Bandingkan pencapaian Khulafak Al-Rashidindari segi pendidikan?
Bandingkan pencapaian Khulafak Al-Rashidindari segi ketenteraan?
Bandingkan pencapaian Khulafak Al-Rashidindari segi ekonomi?
Bandingkan pencapaian Khulafak Al-Rashidindari segi pentadbiran?
Bandingkan pencapaian Khulafak Al-Rashidindari segi kemasyarakatan?
Bandingkan pencapaian Khulafak Al-Rashidindari segi hubungan diplomatik?
Apakah pengajaran daripada kepemimpinan Khulafak Al-Rashidin?

Assessment Summary

Penilaian dijalankan secara berterusan bermula dengan penilaian persediaan dan kesediaan para pelajar untuk mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan projek (PBL). Senarai semak ini mengandungi carta Gantt pengurusan projek P&P ini agar perkembangannya sentiasa dalam kawalan dan sebarang perubahan dapat dilakukan pengubahsuaian dengan kadar segera. Senarai semak kedua disediakan untuk mengesan dan membangunkan pelajar dari segi penghayatan nilai dan ciri kemahiran abad ke 21.  Senarai semak ini disediakan untuk menilai penglibatan pelajar sepanjang menyiapkan produk masing-masing.  Lima rubrik juga disediakan untuk menilai produk yang dihasilkan iaitu brochure, tayangan video, persembahan powerpoint, poster deskriptif dan blog/laman sesawang.

Prerequisite Skills
1.    Kemahiran mengoperasi computer.

2.    Kemahiran beberapa perisian khusus iaitu Adobe Photoshop, Microsoft Publisher, MS Frontpage, MS Powerpoint dan Windows Movie Maker.

3.    Kemahiran mengakses internet.

4.    Kemahiran mengklasifikasi maklumat.

5.    Kemahiran mengolah maklumat.

6.    Kemahiran membuat rumusan daripada maklumat.
7.  Kemahiran pengucapan awam.

Instructional Procedures

Langkah 1 ( Pengenalan projek )
1 jam pertama minggu pertama.
  1. Pensyarah berbincang dengan pelajar untuk menjawab soalan utama.
  2. Pelajar menyumbang dan menyarankan pandangan untuk menjawab soalan unit.
  3. Pensyarah menerangkan projek yang akan dijalankan.
  4. Pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan.
  5. Pensyarah memberikan tugasan kepada setiap kumpulan seperti berikut:
    1. Kumpulan 1 menghasilkan persembahan poster deskriptif.
    2. Kumpulan 2 menghasilkan persembahan movie.
    3. Kumpulan 3 menghasilkan persembahan laman blog.
    4. Kumpulan 4 menghasilkan persembahan brochure.
    5. Kumpulan 3 menghasilkan persembahan powerpoint.
    6. Kumpulan 4 menghasilkan persembahan laman sesawang.

Langkah 2
1 jam kedua minggu pertama.
1.    Pelajar mengakses maklumat dalam perpustakaan atau internet bagi menjawab soalan kandungan.
2.    Pelajar mencatat apa sahaja maklumat yang berkaitan.
3.    Pelajar mengklasifikasi maklumat berasaskan tugasan yang diberi.

Langkah 3
1 jam pertama minggu kedua.
4.    Pelajar mengakses maklumat dari internet bagi menjawab soalan kandungan.
5.    Pelajar mencatat apa sahaja maklumat yang berkaitan.
6.    Pelajar mengklasifikasi maklumat berasaskan tugasan yang diberi.

Langkah 4
1 jam kedua minggu kedua.
1.    Pelajar menyusun maklumat.
2.    Pelajar memuatkan maklumat ke dalam produk projek.
3.    Pensyarah memantau aktiviti pelajar di samping memberikan bantuan teknikal berkaitan perisian yang digunakan.

Langkah 5
1 jam pertama minggu ke tiga.
1.    Pelajar memurnikan produk perembahan.
2.    Pensyarah memantau aktiviti pelajar.
3.    Pensyarah memudahcara aspek-aspek teknikal projek terutama berkaitan perisian yang digunakan.

Langkah 6
1 jam kedua minggu ketiga.
1.    Pelajar mempersembahkan hasil tugasan masing-masing dalam Seminar Tamadun Islam.
2.    Pelajar menilai hasil tugasan rakan.
3.    Pelajar membuat refleksi kendiri terhadap pengalaman menghasilkan projek.
4.    Pelajar dan pensyarah merumuskan isi pengajaran.
( AKAN DIKEMASKINI KEMUDIAN )

No comments:

Post a Comment