Sunday, October 23, 2011

SEMINAR TAMADUN ISLAM





Salam buat semua pelajar PPISMP F3E dan F3F,
Terima kasih kepada anda semua kerana telah membantu Jabatan Pendidikan Islam & Moral untuk menjayakan Seminar Tamadun Islam pada 18 Oktober 2011.

Tahniah diucapkan di atas kecemerlangan anda semua membuat pembentangan PBL sempena seminar tersebut. Syabas di atas segala daya usaha dan kesungguhan anda menyiapkan bahan pembentangan yang terdiri daripada persembahan laman web, laman blog, banner, flyer, persembahan power point dan movie.  Semua persembahan hebata belaka.

Terima kasih kepadaa pensyarah yang sudi hadir ( Tuan Haji Ismail Mat Ludin dan Ustaz Mohd Shukri Ahmad ) dan terima kasih kepada pelajar senior yang meluangkan masa menghadirinya.  Sesungguhnya diharapkan kehadiran dan penyertaan anda akan meberikan sedikit manfaat dari segi aspirasi untuk mengendalikan PBL semasa anda berada di sekolah nanti.  Semoga Allah memberkati usahakita semua untuk memperlihatkan bahawa Islam itu dinamik dan guru Pendidikan Islam juga canggih.

Saya kagum dengan anda semua.

No comments:

Post a Comment